SALAM PERKENALAN

Selamat Datang Ke Blog Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 5 MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA.

Kami mengalu-alukan kepada semua penduduk dibawah Pentadbiran JKP Zon 5 MPSJ untuk membuat aduan serta memberi pandangan kepada JKP Zon 5 MPSJ agar segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.


Selain itu juga kami sedia menerima apa-apa jua article yang berkaitan dengan PBT untuk disiarkan didalam blog ini.

Tuan/Puan boleh emailkan segala permasalahan tersebut di alamat:
jkpzon5@gmail.com

Friday, October 31, 2008

AKTIVITI

Majlis Jamuan Raya Aidilfitri & Deepavali Anjuran Bersama JKP Zon 5 MPSJ Dan Persatuan Penduduk Taman Batu Tiga



Pada 25/10/2008 yang lalu JKP Zon 5 MPSJ & Persatuan Penduduk Taman Batu Tiga telah mengadakan program Jamuan Raya Aidilfitri & Deepavali untuk masyarakat setempat.

Program tersebut bermula pada pukul 8.00 mlm dan berakhir jam 12.00 mlm. Kehadiran masyarakat setempat pada malam itu pada jangkaan awal ialah sebanyak 500 orang. Walau bagaimana pun jumlah yang hadir melebihi 700 orang.

Majlis pada malam tersebut turut dihadiri oleh Ahli Majlis MPSJ yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 5 Majlis Perbandaran Subang Jaya En. Kesminder Singh, YB. Tuan Hj. Khalid Abd. Samad Ahli Parlimen Shah Alam dan Penghulu Mukim Damansara Tuan Arzmi.

Selain itu juga, majlis ini turut dihadiri oleh pemimpin setempat diantaranya Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Batu Tiga En. Ahmad Taufik B. Toran, Pengerusi yang juga Imam Surau Nurul Hidayah Taman Batu Tiga En. Abd. Hamid Ismail dan Penghulu kampung yang juga Pengerusi JKKK Kebun Bunga En. Yusuf Sameon.

Didalam ucapannya, En. Keshminder Singh melahirkan rasa gembira yang teramat sangat dengan sambutan yang begitu baik daripada masyarakat setempat. Begitu juga dengan gerak kerja yang dilakukan oleh AJK JKP Zon 5 dan Persatuan Penduduk Taman Batu Tiga. Tanpa bantuan dan kerjasama yang mereka berikan, tidak mungkin Majlis yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu juga beliau memaklumkan kepada masyarakat setempat yang hadir bahawa beliau telah membuka Pejabat Khidmat Masyarakat Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 5 Majlis Perbandaran Subang Jaya bertempat di Dewan Masyarakat Taman Batu Tiga. Dengan tertubuhnya Pejabat ini maka ianya sedikit sebanyak dapat memberi kemudahan kepada penduduk setempat dan juga penduduk yang berada di bawah pentadbiran JKP Zon 5 MPSJ membuat sebarang aduan mengenai permasalahan yang mereka hadapi. Beliau juga berjanji akan memberi khidmat yang sebaik mungkin kepada semua masyarakat tidak kira kaum dan pegangan politik.

Majlis berakhir pada jam 12.00 mlm.


Lain-Lain Photo