SALAM PERKENALAN

Selamat Datang Ke Blog Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 5 MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA.

Kami mengalu-alukan kepada semua penduduk dibawah Pentadbiran JKP Zon 5 MPSJ untuk membuat aduan serta memberi pandangan kepada JKP Zon 5 MPSJ agar segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.


Selain itu juga kami sedia menerima apa-apa jua article yang berkaitan dengan PBT untuk disiarkan didalam blog ini.

Tuan/Puan boleh emailkan segala permasalahan tersebut di alamat:
jkpzon5@gmail.com

Tuesday, November 30, 2010

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZON BERSIH PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR SESI 2010/2011

Satu program baru yang dikenali sebagai ‘Program Zon Bersih’ di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri selangor telah dilancarkan pada 6 November 2010. JKP Zon 5 telah dipilih oleh MPSJ untuk menjadi tuan rumah bagi majlis pelancaran ini.

Antara bahagian kawasan yang terpilih adalah Taman Batu Tiga, Taman Sri Muda, Shah Alam,(MBSA) dan banyak lagi.

Program ini bertujuan bagi memastikan zon yang dipilih dalam keadaan yang sentiasa bersih selain penyertaan komuniti bagi memupuk kesedaran serta budaya cintakan kebersihan.







































Tuesday, November 23, 2010

PROGRAM JAHITAN




BERITA KEJAYAAN MPSJ 2010

MPSJ dinobat kerajaan tempatan paling berjaya di Selangor

SHAH ALAM, 22 Nov: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah dinobatkan sebagai antara pihak berkuasa tempatan paling berjaya di Selangor sepanjang tahun 2010 ini apabila berjaya memenangi dua anugerah dalam satu majlis hari ini.

MPSJ telah memenangi tempat pertama dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam Selangor untuk tahun 2010 melalui Sistem STAR Rating Individu dan membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan Sijil.

MPSJ juga berjaya menduduki tempat pertama dalam Anugerah Pengurusan Pejabat Cemerlang (APPC) dan menerima Anugerah Inovasi Menteri Besar Selangor (AIMBS) dengan membawa pulang wang tunai RM20,000.00.

APPC merupakan salah satu bentuk pengiktirafan yang diwujudkan khas untuk jabatan dan agensi yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam 7 kriteria khas penilaian.

Kriteria yang dimaksudkan ialah Pengurusan Organisasi, Pengurusan Kewangan, Pengurusan ICT, Pengurusan Projek Pembangunan, Pengurusan Sumber Manusia, Perkhidmatan Teras dan Pengurusan Pelanggan.

Pada tahun ini, sebanyak 41 jabatan danagensi di Negeri Selangor telah menyertai APPC. Sesi penilaian dan pemeriksaan dokumen telah dilaksanakan mulai 29 September hingga 27 Oktober 2010 oleh Panel-panel khas yang dilantik, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat SUk Selangor hari ini.

Anugerah itu telah disampaikan dalam perhimpunan bulanan dan sambutan hari inovasi kerajaan Selangor tahun 2010 hari ini.

Dalam majlis ini, Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (MGPPPNS) akan turut dilancarkan.

Manual ini adalah merangkumi aspek utama perancangan dan pemajuan hartanah yang terdiri dari perumahan, perdagangan, perindustrian, kemudahan masyarakat, aspek alam sekitar dan infrastruktur serta utiliti.

Ia dipersembahkan dengan cara yang mudah dirujuk dan lebih bersifat ‘user friendly’.

MGPPPNS ini akan menjadi rujukan utama dan membantu mempercepatkan proses terutama dalam proses kebenaran merancang dan permohonan perancangan yang lain, kata kenyataan itu.

Selain MPSJ, turut memenangi anugerah hari ini adalah Jabatan Penjara, Sg. Buloh dalam kategori konvensyen kumpulan inovatif dan kreatif 2010, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memenangi kategori pengurusan konvensyen ini.

Kedua-dua jabatan ini telah membawa pulang wang tunai RM5,000.00, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pejabat Tanah dan Daerah Sepang pula telah menerima anugerah prestasi kutipan hasil cukai tanah tahun 2009 apabila berjaya mengutip 97 peratus sasaran Cukai Tanah Semasa dan 89 peratus sasaran Tunggakan Cukai Tanah. Jabatan ini telah diberikan insentif RM100,000 kerana kejayaannya itu.