SALAM PERKENALAN

Selamat Datang Ke Blog Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 5 MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA.

Kami mengalu-alukan kepada semua penduduk dibawah Pentadbiran JKP Zon 5 MPSJ untuk membuat aduan serta memberi pandangan kepada JKP Zon 5 MPSJ agar segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.


Selain itu juga kami sedia menerima apa-apa jua article yang berkaitan dengan PBT untuk disiarkan didalam blog ini.

Tuan/Puan boleh emailkan segala permasalahan tersebut di alamat:
jkpzon5@gmail.com

Sunday, December 14, 2008

AKTIVITI

Gotong Royong Perdana MPSJ
Membuang Banner & Tanam Pokok
Dec 13, 08

Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan Kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 5 telah mengadakan Majlis Gotong Royong Perdana bagi membuang segala Banner dan Iklan Haram disekitar Kawasan Pentadbiran MPSJ.

Acara yang bermula seawal jam 8.00 pagi turut dihadiri oleh Ahli Majlis MPSJ yang juga Pengerusi JKP Zon 5 En. Keshminder Singh serta Kakitangan Penguatkuasa MPSJ bagi menjamin keselamatan orang ramai yang membuka Banner serta Iklan Haram.

Sebelum acara gotong royong bermula, Timbalan Pengerusi JKP Zon 5 En. Nor Hasin dan Mentor JKP Zon 5 En. Hazman telah memberi sedikit penerangan tentang kerja-kerja serta lokasi akan ditujui.

Tempat-tempat yang terlibat diantaranya ialah sekitar Perumahan Taman Batu Tiga, Kawasan Perindustrian Subang Hi-Tech, Perumahan Subang Mas, Perumahan Flat Seri Kayan Pinggiran USJ serta Taman Perumahan Pinggiran Subang.

Majlis berakhir pada jam 12.00 pm.

Saya bagi pihak JKP Zon 5 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini.

Tidak lupa ucapan tahniah dan terima kasih kepada YDP MPSJ Y.Bhg. Dato' Adnan diatas kesungguhan beliau didalam membenteras Iklan-Iklan dan Banner-Banner Haram di sekitar kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Harapan kita semua agar Program-Program seperti ini menjadi acara tahunan MPSJ supaya Kawasan Pentadbiran MPSJ sentiasa bersih dan menjadi contoh kepada PBT-PBT lain iaitu PBT yang bebas daripada Banner-Banner dan Iklan-Iklan Haram.
-Webmaster-

Wednesday, December 10, 2008

ADUAN

Aduan Telah Dilaksanakan


No. Rujukan 1041/11/2008 - [1]
Tarikh Penerimaan 13-11-2008 08:39 AM
Nama Anda: PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BATU TIGA (0624-07-SEL)
Kategori/Jenis Masalah: LANSKAP :: CANTAS/TEBANG
Kawasan Majlis: SUBANG :: TMN BATU 3
Tajuk Masalah: POKOK BESAR DI BELAKANG GERAI MAKAN NO. 6 MPSJ
Lokasi Masalah/Kejadian: GERAI MAKAN MPSJ (BERSEBELAHAN DENGAN KILANG CPTM SUBANG HI-TECH)

No. Rujukan 1339/11/2008 - [1]
Tarikh Penerimaan 17-11-2008 14:07 PM
Nama Anda: PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BATU TIGA (0624-07-SEL)
Kategori/Jenis Masalah; LANSKAP :: CANTAS/TEBANG
Kawasan Majlis SUBANG :: TMN BATU 3
Tajuk Masalah: POKOK REPUT
Lokasi Masalah/Kejadian: DI HADAPAN RUMAH NO.17 JALAN INTAN, TAMAN BATU TIGA


**********************************************


Terima Kasih kepada MPSJ khususnya Jabatan Lanskap kerana telah melaksanakan kerja-kerja mencantas dan menebang pokok tersebut pada 7 December 2008 ( Ahad ).

AKTIVITI

Summit Hotel Subang Jaya
Seminar Jawatankuasa Penduduk (JKP) & Local Agenda 21 (LA21) Majlis Perbandaran Subang Jaya
Dec 6, 08

Pada 6 December 2008 yang lalu Ahli Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 5 MPSJ telah menghadiri Seminar di Summit Hotel Subang Jaya yang bertajuk "Seminar Jawatankuasa Penduduk (JKP) & Local Agenda 21 (LA21) Majlis Perbandaran Subang Jaya".

Seminar tersebut dihadiri oleh semua JKP dalam MPSJ yang kesemuanya berjumlah 24 Zon dan Majlis tersebut dirasmikan oleh YDP MPSJ Y.Bhg. Dato’ Adnan B. Hj. Ikhsan.

Didalam ucapannya, Dato’ YDP mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh JKP dalam membantu MPSJ memberi khidmat yang terbaik kepada Masyarakat walaupun tanpa apa-apa bayaran elaun. Justeru itu tanpa kerjasama ini tidak mungkin MPSJ terus unggul menjadi PBT yang terbaik dalam Negeri Selangor.

Selain itu juga beliau mengucap syukur kepada Allah S.W.T kerana Penduduk dibawah Pentadbiran MPSJ tidak ditimpa musibah seperti Tragedi Tanah Runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa. Walau bagaimana pun MPSJ akan tetap memantau projek-projek pembangunan yang berada di kawasan pentadbirannya.

AKTIVITI

Majlis Gotong Royong
Anjuran Bersama Persatuan Penduduk Perumahan Flat Seri Kayan Pinggiran USJ dan JKP Zon 5 MPSJ
Nov 30, 08

Persatuan Penduduk Perumahan Flat Seri Kayan Pinggiran USJ dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 5 MPSJ telah mengadakan gotong royong bagi membersih kawasan perumahan tersebut.

Program tersebut mendapat sambutan yang baik daripada Penduduk setempat dan program tersebut dihadiri sekitar 200 orang. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi JKP Zon 5 En. Nor Hasin Ya'cob mewakili Ahli Majlis MPSJ yang juga Pengerusi JKP Zon 5 En. Keshminder Singh yang tidak dapat hadir.

Majlis Perbandaran Subang Jaya melalui Jabatan Perkhidmatan Bandar telah memberi kerjasama dengan menghantar sebuah lori untuk mengangkut segala sampah sarap terutamanya almari-almari buruk, kerusi meja dan sebagainya.

Jutaan terima kasih kepada MPSJ kerana turut memberi kerjasama dalam program ini.