SALAM PERKENALAN

Selamat Datang Ke Blog Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 5 MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA.

Kami mengalu-alukan kepada semua penduduk dibawah Pentadbiran JKP Zon 5 MPSJ untuk membuat aduan serta memberi pandangan kepada JKP Zon 5 MPSJ agar segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.


Selain itu juga kami sedia menerima apa-apa jua article yang berkaitan dengan PBT untuk disiarkan didalam blog ini.

Tuan/Puan boleh emailkan segala permasalahan tersebut di alamat:
jkpzon5@gmail.com

Tuesday, September 27, 2011

Pengauditan Zon Bersih Peringkat Negeri Selangor

Satu program baru yang dikenali sebagai ‘Program Zon Bersih’ di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri selangor telah dilancarkan pada 6 November 2010. JKP Zon 5 telah dipilih oleh MPSJ untuk menjadi tuan rumah bagi majlis pelancaran ini.

Antara bahagian kawasan yang terpilih adalah Taman Batu Tiga, Taman Sri Muda, Shah Alam,(MBSA) dan banyak lagi.

Program ini bertujuan bagi memastikan zon yang dipilih dalam keadaan yang sentiasa bersih selain penyertaan komuniti bagi memupuk kesedaran serta budaya cintakan kebersihan.



Majlis Peranugerahan Zon Bersih

Berasaskan pemberian bintang kepada Kerajaan Tempatan di Selangor oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

4 bintang � 4 Kerajaan Tempatan (Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam and Klang)

Anugerah diberikan sebagai insentif kepada Kerajaan Tempatan yang berterusan meningkatkan khidmat mereka.

  • 3 bintang � 5 Kerajaan Tempatan (Kajang, Ampang Jaya, Kuala Langat, Selayang and Sepang)
  • 2 bintang � 3 Kerajaan Tempatan (Hulu Selangor, Kuala Selangor, and Sabak Bernam)
  • Setiap Kerajaan Tempatan dianugerahkan dengan trofi dan sijil penghargaan oleh Kerajaan Negeri.
  • Pemberian bintang adalah berasaskan 352 petunjuk di bawah 4 ktiteria utama: pengurusan, khidmat, pengurusan pengguna dan penglibatan serta pandangan komuniti.

  1. Kebersihan

Memastikan kebersihan sebagai tugas penting Kerajaan Tempatan bagi menyediakan rakyat dengan persekitaran selesa yang boleh dipanggil tempat kediaman.

    • Melaksanakan Zon Bersih bagi setiap kawasan Kerajaan Tempatan di Selangor.
    • Kerajaan Tempatan perlu mengenal-pasti Zon Bersih di kawasan masing-masing.
    • Pertandingan Zon Bersih diinisiatifkan oleh kerajaan negeri Selangor dengan persaingan dalam setahun sehingga Jun 2011.
    • Garis panduan berasaskan kebersihan umum, penyelenggaraan infrastruktur, penyelenggaraan kemudahan awam dan penyelenggaraan lanskap.

  1. Ahli Majlis

Menjadi visi negeri untuk menghak-upaya Ahli Majlis bagi mewakili negeri untuk rakyat, dan menghubungkan rakyat dengan kerajaan negeri. Ini termasuk memastikan mereka mempunyai kewangan mencukupi, sumber manusia dan fizikal yang boleh membantu mereka menjalankan tugas dengan berkesan.

    • Peruntukan kewangan kepada ahli Majlis untuk melaksanakan aktiviti sepanjang tahun.
    • Penyediaan pejabat dan pembantu bagi setiap ahli Majlis, sebelum ini tidak wujud.
    • Pembahagian zon kepada setiap ahli Majlis dalam kawasan Majlis masing-masing.

  • Setiap mereka bertanggungjawab kepada zon yang diberikan.